Be a follower!!

Saturday, September 25, 2010

Summer Raya Rico Rinaldi 2010. :Renda klasik dan kapas bermutu serlah rekaan.

8 September 2010
Berita Harian: "Summer Raya Rico Rinaldi 2010"
Oleh: Siti Nur Almizan Aripin

Olahan kombinasi kurung moden.

Renda klasik dan kapas bermutu serlah rekaan kaftan, kurung
SOPAN, ringkas namun tampak eksklusif. Sesuai suasana Aidilfitri, pereka fesyen muda yang sedang menempa nama di dalam industri fesyen tempatan, Rico Rinaldi menampilkan persalinan tradisi Summer Raya 2010 Rico Rinaldi untuk digayakan Syawal ini.

Memilih material kapas dalam semua rekaan, akui Rico, fabrik lembut yang biasanya dijadikan baju kurung pesak itu sebenarnya boleh menghasilkan rekaan unik dan lain daripada lain.


Menyarung busana kaftan tampak selesa menggunakan fabrik kapas.

“Pada dasarnya, saya menggunakan pelbagai pilihan fabrik kapas seperti kapas sifon, kapas Jepun dan kapas Korea dengan pilihan corak flora penuh melatari dasar kain.

“Fabrik renda juga sengaja saya pilih daripada material kapas polos, sama seperti kebaya lama zaman dulu kala bagi memberikan sentuhan klasik dalam rekaan,” katanya.

Ketika ditemubual, Rico mengakui aliran gaya klasik yang kembali mewarnai pentas fesyen ketika ini memberi ilham untuknya mencipta kurung moden daripada fabrik renda kapas.

“Fabrik ini diimport dari Indonesia dan warna ceria menjadi pilihan saya namun terang warna itu dilembutkan kembali dengan tatahan batu berwarna tona neutral,” katanya sambil memberitahu fabrik renda kapas sesuai digayakan wanita yang bertubuh langsing.
 
 
Motif bungan penyeri si pemakai
 
Jelasnya lagi, pemilihan fabrik renda kapas juga dilakukan bagi mengetengahkan kembali penggunaan fabrik renda kapas sementelah gaya klasik sememangnya menjadi aliran gaya terkini ketika ini.

Koleksi Summer Raya 2010 Rico Rinaldi merangkumi 12 koleksi kaftan, kurung Riau, kurung Pahang, kurung moden, baju Melayu dan jubah untuk lelaki.

Setiap helaian kaftan dan kurung tradisi Summer Raya 2010 Rico Rinaldi diserlahkan jahitan batu mewah dan manik Jepun yang menjadi trademark label pereka muda ini.

Seiring dengan peredaran fesyen ketika ini, Rico tidak terkecuali mengetengahkan lima rekaan kaftan di dalam pelbagai potongan. Kelainan paling jelas adalah di bahagian lengan.

“Semua rekaan kaftan direka dengan potongan lengan cekak yang dipelbagaikan sama ada lengan panjang atau pendek manakala kurung moden renda dititipkan khusus untuk wanita berjiwa muda yang ingin mencipta gaya tersendiri apabila berkunjung ke rumah terbuka.

“Semua saya reka berlengan sendat tapi untuk menampakkan kelainan, saya serlahkan bahagian bahu baju dengan renda menjadikan setiap rekaan unik serta kelihatan seperti kombinasi kaftan dan kurung,” katanya.

Koleksi baju Melayu dan jubah Summer Raya 2010 Rico Rinaldi turut dihasilkan daripada fabrik kapas namun di bahagian dada diserlahkan dengan lipatan, ringkas namun tampak eksklusif.

Tidak hanya untuk wanita, pereka ini juga menerapkan gaya Timur Tengah pada penataan persalinan lelaki sekali gus menyerlahkan kelainan gaya pagi penggemar fesyen di kalangan kaum Adam.
 
Antara Busana Raya Rico Rinaldi untuk jejaka,




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Warning

All of the photographs herein, unless otherwise noted or mentioned, are copyrighted by the blog owner. No part of this site, or any of the content contained herein, may be used or reproduced in any matter without express permission of the copyright holder(s).