8 September 2010
Berita Harian: "Summer
Raya Rico Rinaldi 2010"
Oleh: Siti Nur Almizan Aripin
Olahan kombinasi kurung moden.
Renda
klasik dan kapas bermutu serlah rekaan kaftan, kurung
SOPAN, ringkas namun tampak eksklusif. Sesuai
suasana Aidilfitri, pereka fesyen muda yang sedang menempa nama di dalam
industri fesyen tempatan, Rico Rinaldi menampilkan persalinan tradisi Summer
Raya 2010 Rico Rinaldi untuk digayakan Syawal ini.
Memilih material kapas dalam semua rekaan, akui Rico, fabrik lembut yang
biasanya dijadikan baju kurung pesak itu sebenarnya boleh menghasilkan rekaan
unik dan lain daripada lain.
Menyarung busana kaftan tampak selesa menggunakan fabrik kapas.
“Pada dasarnya, saya menggunakan pelbagai pilihan fabrik kapas seperti
kapas sifon, kapas Jepun dan kapas Korea dengan pilihan corak flora penuh
melatari dasar kain.
“Fabrik renda juga sengaja saya pilih daripada material kapas polos, sama
seperti kebaya lama zaman dulu kala bagi memberikan sentuhan klasik dalam
rekaan,” katanya.
Ketika ditemubual, Rico mengakui aliran gaya klasik yang kembali mewarnai
pentas fesyen ketika ini memberi ilham untuknya mencipta kurung moden daripada
fabrik renda kapas.
“Fabrik ini diimport dari Indonesia dan warna ceria menjadi pilihan saya namun
terang warna itu dilembutkan kembali dengan tatahan batu berwarna tona
neutral,” katanya sambil memberitahu fabrik renda kapas sesuai digayakan wanita
yang bertubuh langsing.
Motif
bungan penyeri si pemakai
Jelasnya
lagi, pemilihan fabrik renda kapas juga dilakukan bagi mengetengahkan kembali
penggunaan fabrik renda kapas sementelah gaya klasik sememangnya menjadi aliran
gaya terkini ketika ini.
Koleksi Summer Raya 2010 Rico Rinaldi merangkumi 12 koleksi kaftan, kurung
Riau, kurung Pahang, kurung moden, baju Melayu dan jubah untuk lelaki.
Setiap helaian kaftan dan kurung tradisi Summer Raya 2010 Rico Rinaldi
diserlahkan jahitan batu mewah dan manik Jepun yang menjadi trademark label
pereka muda ini.
Seiring dengan peredaran fesyen ketika ini, Rico tidak terkecuali
mengetengahkan lima rekaan kaftan di dalam pelbagai potongan. Kelainan paling
jelas adalah di bahagian lengan.
“Semua rekaan kaftan direka dengan potongan lengan cekak yang dipelbagaikan
sama ada lengan panjang atau pendek manakala kurung moden renda dititipkan
khusus untuk wanita berjiwa muda yang ingin mencipta gaya tersendiri apabila
berkunjung ke rumah terbuka.
“Semua saya reka berlengan sendat tapi untuk menampakkan kelainan, saya
serlahkan bahagian bahu baju dengan renda menjadikan setiap rekaan unik serta
kelihatan seperti kombinasi kaftan dan kurung,” katanya.
Koleksi baju Melayu dan jubah Summer Raya 2010 Rico Rinaldi turut dihasilkan
daripada fabrik kapas namun di bahagian dada diserlahkan dengan lipatan,
ringkas namun tampak eksklusif.
Tidak hanya untuk wanita, pereka ini juga menerapkan gaya Timur Tengah pada
penataan persalinan lelaki sekali gus menyerlahkan kelainan gaya pagi penggemar
fesyen di kalangan kaum Adam.
Antara
Busana Raya Rico Rinaldi untuk jejaka,