Be a follower!!

Saturday, September 25, 2010

Kaftan: "Kain kapas bagi mencipta kelainan"

6 September 2010
KOSMO! bercakap mengenai " Evolusi Kaftan Aidilfitri"
Oleh:Izyan Liyana Mohd Darif

 Busana Raya Kaftan Rico Rinaldi: "Kain kapas mencipta kelainan"

Busana kaftan potongan labuh dan pendek. Itulah koleksi raya yang ditonjolkan oleh pereka Rico Rinaldi, Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini Creations sempena Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. Biarpun mempertaruhkan konsep pakaian yang sama, ia sedikitpun tidak menggugat kreativiti ketiga-tiga pereka fesyen tersebut. Sebaliknya masing-masing bijak bereksperimen dengan cara tersendiri.

Penerapan pelbagai gaya potongan, rekaan dan perincian menarik jelas terserlah dalam sentuhan mereka.
“Jika bosan berbaju kurung atau berkebaya maka beralihlah pada baju kaftan. Apa salahnya sesekali wanita melakukan transformasi penampilan pada hari lebaran. “Lagipun, kaftan turut membantu menyuntik penampilan anggun dan memberi keselesaan sama seperti busana tradisional raya yang lain. Kaftan di pasaran kini juga ideal buat golongan muda,” jelas pereka fesyen Rico Rinaldi Tono, 23, yang mereka kaftan berasaskan fabrik kapas.

Anak kelahiran Kajang, Selangor itu, menyifatkan kain kapas pilihannya seperti kain kapas Inggeris dan kain kapas sifon merupakan pilihan fabrik terbaik. Teksturnya yang ringan dan menyerap haba sesuai dipraktikkan dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap.Selain itu, Rico turut memberitahu dia sengaja memilih kain kapas bagi mencipta kelainan. Memandangkan segelintir pereka fesyen cenderung menghasilkan kaftan menggunakan fabrik sifon, satin dan likra.


Tambah juara kategori fesyen Piala Seri Endon 2009 itu:
“Idea menghasilkan kaftan fabrik kapas timbul apabila melihat golongan muda begitu berminat membeli kain kapas untuk dijadikan baju kurung, terutamanya yang berbunga kecil dan berwarna lembut. “Lantas saya bertekad memilih kain kapas untuk dijadikan kaftan. Ia bersesuaian dengan imej remaja yang gemarkan gaya ringkas dan kasual. Sebab itu 12 koleksi kaftan Rico Rinaldi dihiasi batu permata dan labuci di bahagian leher, dada dan bahu dalam kuantiti yang sedikit.”

Dari aspek warna, Rico lebih selesa bermain dengan palet nuansa gelap dan lembut seperti kelabu dan biru. Pereka yang gemar menggayakan seluar harem itu menyatakan bahawa segelintir remaja memiliki keinginan bergaya dengan trend fesyen terbaru, namun malu memilih busana berwarna terang.

Keselesaan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Warning

All of the photographs herein, unless otherwise noted or mentioned, are copyrighted by the blog owner. No part of this site, or any of the content contained herein, may be used or reproduced in any matter without express permission of the copyright holder(s).