Be a follower!!

Monday, October 5, 2009

Kosmo! News Spread.

Kosmo!
Oleh IZYAN LIYANA MOHD.DARIF

izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Debaran Rico Rinaldi
Label Rico Rinaldi yang mula meniti di bibir peminat fesyen.

PASTI ramai yang tertanya-tanya siapakah pereka yang bertubuh tinggi lampai dengan ketinggian 1.76 sentimeter ini? Wajah dan namanya cukup asing sekali dalam bidang fesyen tempatan.

Namun begitu koleksi rekaan fesyennya sama sekali tidak menunjukkan Rico Rinaldi Tono, seperti seorang pereka baru di pentas fesyen Malaysia.

Malah, dia amat menyedari bukan mudah mencipta nama dalam bidang fesyen tempatan sekiranya seseorang pereka itu tidak mempunyai profil dan latar belakang kerjaya yang baik.

Modek yang menggayakan koleksi label Rico Rinaldi.

"Sewaktu kecil saya hanya mengenali kerja seorang penjahit tetapi menginjak remaja saya didedahkan dengan profesion pereka fesyen menerusi Fesyen TV. Sejak itu saya berazam untuk mendalami bidang ini dan ia tercapai jua apabila berjaya menempatkan diri di Universiti Limkokwing.

Pakaian jumpsuit yang menyelitkan teknik lipatan tepi dalam siluet yang moden.


Teknik lipatan bertindih


Saya gemar mereka pakaian yang ringkas tetapi menyelitkan teknik lipatan (dripping) bertindih. Maka, seluar Maharani adalah contoh yang paling tepat dan cantik.

"Teknik lipatan tersebut dapat dilihat di bahagian seluar Maharani yang diperbuat daripada fabrik lembut pelbagai rona. Menariknya lipatan berkenaan beralun lembut ketika Maharani bergerak dan ditiup angin," tambah Rico yang berdarah Indonesia ini.

Lantas anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini mengaplikasikan teknik tersebut pada setiap rekaan bajunya.

Mendapati selain fabrik lembut teknik lipatan tampak cukup menawan pada fabrik lycra dan berbulu, terutamanya apabila dijadikan baju jump suit (pakaian meliputi seluruh badan).

"Jika teknik lipatan pakaian Maharani India terletak di bahagian kaki seluar tetapi saya pula mencipta kelainan moden bagi menyerlahkan siluet yang mempersonakan.

"Jadi teknik lipatan itu berada di antara bahagian pinggang hingga ke paha," terang Rico yang menggabungkan warna ungu gelap, hitam dan kelabu pada baju yang dipertandingkan.

Mengapa Rico memilih dunia fesyen? Pencinta muzik rock dan R&B itu memberitahu, impian tersebut mula timbul kerana terpengaruh dengan hobi bondanya yang gemar menjahit.

RICO RINALDI (kanan) pereka muda yang sarat dengan idea fesyen unik.

Malah, cita-cita sebagai pereka fesyen semakin memuncak apabila kerap menonton siaran Fesyen TV yang disiarkan di Indonesia.

"Sewaktu kecil saya hanya mengenali kerja seorang penjahit tetapi menginjak remaja saya didedahkan dengan profesion pereka fesyen menerusi Fesyen TV. Sejak itu saya berazam untuk mendalami bidang ini dan ia tercapai jua apabila berjaya menempatkan diri di Universiti Limkokwing.

"Jika diberi pilihan sama ada tugasan untuk mereka atau menjahit, saya akan memilih untuk menjahit kerana gemarkan kerja-kerja praktikal," bicara Rico sebelum menamatkan pertemuan kami petang itu.

read more: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_01.htm

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Warning

All of the photographs herein, unless otherwise noted or mentioned, are copyrighted by the blog owner. No part of this site, or any of the content contained herein, may be used or reproduced in any matter without express permission of the copyright holder(s).