Be a follower!!

Monday, December 14, 2009

Piala Seri Endon: Utusan Malaysia

14 Disember 2009 / 27 Zulhijjah 1430

Pereka muda batik juara Piala Seri Endon 2009


Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid menyampaikan replika cek beserta Piala Seri Endon 2009 kepada Rico Rinaldi Tono (empat dari kiri) sambil diperhatikan Nori Abdullah dan Leela Mohd. Ali (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.
 
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Pereka muda tempatan, Rico Rinaldi Tono, 23, dinobatkan sebagai juara pertandingan Piala Seri Endon 2009 kategori fesyen mengalahkan 11 peserta lain.
Pertandingan tahunan sejak tahun 2003 itu dianjurkan Yayasan Budi Penyayang Malaysia.
Kemenangannya bagi kategori utama pertandingan itu melayakkan Rico Rinaldi membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, piala dan sijil penyertaan.

Tutor acara fesyen di Universiti Lim Kok Wing itu berkata, penyertaannya pada pertandingan berkenaan adalah kerana minat mendalam terhadap fesyen dan kekagumannya kepada pertandingan tersebut sejak ia diadakan. Rico Rinaldi berkata, memandangkan penyertaannya pada pertandingan itu adalah yang pertama, beliau tidak meletakkan keyakinan tinggi untuk menang tambahan peserta lain dilihatnya lebih berpengalaman dan berbakat.

''Sebelum ini, saya pernah menyertai pertandingan Batik Fashion Accessories dan menduduki tempat pertama, jadi ia sedikit sebanyak memberi saya semangat menyertai pertandingan ini.
''Saya amat bersyukur atas kemenangan ini dan ia tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada keluarga, rakan rapat dan kakitangan pengurusan di universiti,'' katanya ketika ditemui selepas pertandingan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Hadiah tersebut disampaikan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Turut hadir, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Nori Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Leela Mohd. Ali.Mengenai konsep rekaan pakaiannya untuk pertandingan itu, kata Rico Rinaldi, beliau menggunakan tema Republik Flora yang bermaksud sebuah cerita mengenai wanita Vietnam.
''Di Vietnam, wanita berarak dengan memegang bunga sebagai simbol menghentikan peperangan, jadi saya gabungkan corak lukisan wanita, bunga dan peperangan pada fesyen saya ini yang menggunakan fabrik satin, sifon dan kapas.

''Idea menggunakan konsep itu tercetus melalui sebuah buku sejarah yang saya baca dan saya memang banyak mengumpul pengetahuan serta pengalaman melalui hobi membaca,'' kata anak ketiga daripada empat adik-beradik itu.Menurutnya, pertandingan berkenaan amat baik bagi memberi peluang kepada pereka tempatan terutama golongan muda menunjukkan bakat dalam dunia fesyen batik.
''Ia juga dapat membantu memperluaskan penggunaan batik yang diperkenalkan sebagai warisan negara.
''Batik adalah seni lukisan yang amat menarik, indah dan menyeronokkan kerana ia bermain dengan warna, jadi terpulang kepada pereka fesyen untuk mencantikkannya,'' tambahnya...

read morehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Warning

All of the photographs herein, unless otherwise noted or mentioned, are copyrighted by the blog owner. No part of this site, or any of the content contained herein, may be used or reproduced in any matter without express permission of the copyright holder(s).