Be a follower!!

Sunday, December 13, 2009

Piala Seri Endon 2009

Rico Menang Piala Seri Endon 2009 Dengan Tema Republik Flora
Oleh KEMALIA OTHMAN 



Juara Pertandingan Piala Seri Endon 2009, Rico Rinaldo Tono theme:republik flora, menerima Piala dan replika cek yang disampaikan oleh Raja Perempuan Perlis Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.- Foto THE STAR Oleh: SAMUEL ONG
 

KUALA LUMPUR: Pertandingan Piala Seri Endon (PSE) 2009 yang memasuki tahun ketujuh meneruskan usaha memperjuangkan seni batik sebagai warisan Melayu di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pertandingan inisiatif Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang ingin melihat batik Malaysia dimartabatkan hingga ke persada antarabangsa kini semakin dipandang tinggi terutamanya hasil karya pereka muda.

Bertemakan Republik Flora, Rico Rinaldi Tono, 23, berjaya merangkul tempat pertama dalam anugerah rekaan batik berprestij ini yang berlangsung di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen KLCC hari ini.
Rico, anak kelahiran Selangor berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000.


Rekaan Rico Rinaldi Tono yang bertemakan Republic Flora mendapat tempat pertama.

PSE yang telah dimulakan sejak 2003 itu ternyata berjaya memartabatkan industri batik pada persada fesyen, sekali gus menjadikan penyertaan bertambah dan persaingan semakin mencabar dari tahun ke tahun.
Rico yang tidak menjangka kemenangan tersebut mengakui PSE merupakan platfom terbaik bagi pereka muda untuk mula dikenali dipersada fesyen tanah air.

"Saya tidak menjangkakan kemenangan kerana ini kali pertama saya memasuki pertandingan ini dan kebanyakan finalis yang bersaing mempunyai lebih banyak pengalaman dari saya.
"Sejak dari tahun 2006, saya sudah berhasrat untuk menyertai pertandingan ini namun tidak kesampaian kerana tidak membuat persiapan secukupnya.

"Oleh kerana saya kurang mahir dalam rekaan batik, saya terpaksa mendalami dan belajar banyak pekara tentang batik terlebih dahulu," ujarnya yang kini mengajar di Universiti Lim Kok Wing dalam bidang fesyen.
Menurutnya, kemenangan hari ini adalah kerana tema yang dibawakan bersesuaian iaitu Republic Flora, yang mana diilhamkan melalui pembacaannya terhadap wanita Vietnam yang menentang peperangan.
Rico berharap kemenangan ini membuka laluannya untuk terus berkarya dan mengembangkan seni batik warisan kebangsaan.....

read morehttp://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/13/mstar_berita/20091213204625&sec=mstar_berita

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Warning

All of the photographs herein, unless otherwise noted or mentioned, are copyrighted by the blog owner. No part of this site, or any of the content contained herein, may be used or reproduced in any matter without express permission of the copyright holder(s).