Be a follower!!

Monday, February 22, 2010

saya gemar fesyen ringkas tetapi unik...

KOSMO! 
Pertandingan Ubah Nasib Rico.
Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my



SIGNATUR Rico Rinaldi terletak pada elemen teknik lipatan ilham daripada seluar Maharani.

DUA dua tahun lalu, Rico Rinaldi Tono, 23, hanyalah graduan Diploma Fesyen dan Rekaan Perdagangan, Universiti Limkokwing, Cyberjaya, Selangor, yang berusaha mencari tapak memperkenalkan nama dalam industri fesyen tanah air. Namun pereka muda berdarah campuran Melayu-Indonesia itu mengakui ia bukan satu impian yang mudah. Memandangkan majoriti penggemar fesyen Malaysia lebih gemar mendapatkan khidmat pereka yang memiliki portfolio hebat dan terbaik.

Kriteria hebat yang dimaksudkannya itu bukan sahaja dinilai dari segi koleksi yang digayakan oleh golongan selebriti atau individu ternama. Sebaliknya, kandungan portfolio itu perlu disusuli dengan kejayaan menjuarai sesebuah pertandingan fesyen. Menyedari hakikat tersebut Tutor Acara Fesyen di Universiti Limkokwing itu mula mengumpul idea dan konsep untuk mencipta signatur fesyen tersendiri.
Kajian demi kajian dilakukan akhirnya seluar Maharani India yang menyerupai potongan seluar Ali Baba dan teknik lipatan bertindih menjadi pilihan. Rekaan seluar berkenaan dirasakan unik apabila dipraktikkan pada setiap busana rekaannya.

"Lipatan bertindih merupakan teknik yang istimewa. Ia tampak cantik pada rekaan seluar, kaftan, jumpsuit, gaun mahupun blaus," jelas anak ketiga daripada empat orang adik-beradik itu. Tambah pereka fesyen yang gemar menyimpul senyuman itu selesai proses menyiapkan beberapa helai busana semangat untuk berjuang dalam pertandingan mula timbul. Perasaan malu dan gugup diketepikan kerana baginya hanya menerusi pertandingan barangkali dapat mengubah nasibnya.

"Banyak pertandingan yang sudah saya sertai. Walaupun tidak berjaya membawa pulang hadiah utama tetapi saya bersyukur kerana pengalaman dan pendedahan yang diperoleh cukup mematangkan," ujarnya yang mula berjinak-jinak menghasilkan kaftan moden yang digayakan bersama lilitan turban rona terang. Berkat kesungguhan dan kreativitinya, Rico berjaya memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Fesyen Aksesori Batik.

KEMENANGAN Piala Seri Endon 2009 kategori fesyen telah menjulang nama Rico Rinaldi (tiga dari kiri).

"Bertitik tolak daripada kemenangan itu secara tidak langsung mendorong saya mencuba nasib dalam pertandingan Piala Seri Endon 2009 pula. "Lebih menggembirakan pertandingan tersebut turut menobatkan saya menjuarai kategori fesyen," luah Rico mengenai pertandingan anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan membawa hadiah wang tunai RM30,000, piala dan sijil penyertaan.

Apakah pendapat anda mengenai batik?
Ia merupakan fabrik warisan negara yang perlu dipulihara dan melakukan transformasi dari semasa ke semasa tanpa perlu mengubah signatur asalnya. Fabrik batik ini tampak menarik dan sesuai untuk rekaan kasual, moden dan formal.

Bergelar pereka fesyen memerlukan anda memikirkan soal rekaan dan konsep. Bagaimanakah ilham-ilham itu timbul?
Ilham timbul daripada faktor sekeliling dan buku-buku sejarah yang dibaca. Biasanya buku sejarah dan warisan pelbagai negara banyak membantu menyuntik elemen baru pada rekaan. Namun begitu sentuhan budaya Asia, moden dan teknik lipatan masih menjadi pilihan.

Boleh ceritakan mengenai fesyen dan penampilan peribadi anda?
Saya gemar fesyen ringkas tetapi unik. Selain menyarungkan seluar harem atau seluar yang memiliki unsur lipatan, seluar jean potongan tirus salah satu item fesyen kegemaran. Saya tidak pernah malu berpakaian sedemikian.Pernah juga para pelajar saya di universiti memandang pelik tetapi lama-kelamaan mereka sudah boleh menerimanya dan memahami mengenai stail dan trend.

read more: Pertandingan Ubah Nasib Rico

Sunday, February 14, 2010

Nabila in Rico Rinaldi: Kosmo! News

Nabila wearing Rico Rinaldi a black caftan from "She's Hasna" collection 2009.


more on Kosmo! 14th February 2010 or Hiburan Kosmo!: Listrik Kasih Nabila - Amy

Thursday, February 11, 2010

The One and Only: Alexander Mcqueen has died

I am lost for words...

Mcqueen: my drive to succeed..

Lee Mcqueen, The Founder and Genius Designer of ALEXANDER MCQUEEN brand has died. The tragic news has been confirmed this afternoon by his office. The 40-year-old designer, was widely regarded as one of the most talented of his generation.

Fashion will never be the same
rest in peace..
 
='(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Warning

All of the photographs herein, unless otherwise noted or mentioned, are copyrighted by the blog owner. No part of this site, or any of the content contained herein, may be used or reproduced in any matter without express permission of the copyright holder(s).