Be a follower!!

Tuesday, October 27, 2009

KOSMO! spread again...

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my


On 22nd October, I was attanding a press conference for Bumiputera Designers Association (BDA) in Malaysian International Fashion Week (MIFW) at Complex Craft at Jalan Conlay, Kuala Lumpur. This press conference is to introduce all the designers that will be showcasing their collection at BDA-MIFW November 2009 at Pavillion,Kuala Lumpur.


Memartabatkan Pereka Fesyen Tempatan.

.......Rico Rinaldi Tono, 22, yang baru sahaja mencatat nama sebagai ahli BDA pada bulan lalu. Minat yang mendalam untuk mencipta nama di pentas fesyen Malaysia telah mendorong anak kelahiran Kajang, Selangor itu memilih BDA yang disifatkan antara platform yang ideal.

DARI KIRI: Hazwani Osman, Jasmi Rejab dan Rico Rinaldi bakal beraksi di pentas peragaan BDA-M-IFW 2009 pada November ini.

"Saya bersyukur kerana pada 8 November ini, BDA memberi peluang kepada saya mempamerkan busana rekaan saya di pentas M-IFW '09. Pada hari istimewa itu, saya akan menampilkan dua pasang busana yang memiliki teknik perincian terbaik.

TEKNIK draping yang mempamerkan signatur rekaan Rico Rinaldi.

"Apa yang pasti, teknik lipatan (draping) menjadi pilihan utama kerana ia merupakan signatur bagi label Rico Rinaldi," jelas graduan Diploma Fesyen dan Rekaan lulusan Universiti Limkokwing, Cyberjaya itu........

read more: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_01.htm

Monday, October 5, 2009

Kosmo! News Spread.

Kosmo!
Oleh IZYAN LIYANA MOHD.DARIF

izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Debaran Rico Rinaldi
Label Rico Rinaldi yang mula meniti di bibir peminat fesyen.

PASTI ramai yang tertanya-tanya siapakah pereka yang bertubuh tinggi lampai dengan ketinggian 1.76 sentimeter ini? Wajah dan namanya cukup asing sekali dalam bidang fesyen tempatan.

Namun begitu koleksi rekaan fesyennya sama sekali tidak menunjukkan Rico Rinaldi Tono, seperti seorang pereka baru di pentas fesyen Malaysia.

Malah, dia amat menyedari bukan mudah mencipta nama dalam bidang fesyen tempatan sekiranya seseorang pereka itu tidak mempunyai profil dan latar belakang kerjaya yang baik.

Modek yang menggayakan koleksi label Rico Rinaldi.

"Sewaktu kecil saya hanya mengenali kerja seorang penjahit tetapi menginjak remaja saya didedahkan dengan profesion pereka fesyen menerusi Fesyen TV. Sejak itu saya berazam untuk mendalami bidang ini dan ia tercapai jua apabila berjaya menempatkan diri di Universiti Limkokwing.

Pakaian jumpsuit yang menyelitkan teknik lipatan tepi dalam siluet yang moden.


Teknik lipatan bertindih


Saya gemar mereka pakaian yang ringkas tetapi menyelitkan teknik lipatan (dripping) bertindih. Maka, seluar Maharani adalah contoh yang paling tepat dan cantik.

"Teknik lipatan tersebut dapat dilihat di bahagian seluar Maharani yang diperbuat daripada fabrik lembut pelbagai rona. Menariknya lipatan berkenaan beralun lembut ketika Maharani bergerak dan ditiup angin," tambah Rico yang berdarah Indonesia ini.

Lantas anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini mengaplikasikan teknik tersebut pada setiap rekaan bajunya.

Mendapati selain fabrik lembut teknik lipatan tampak cukup menawan pada fabrik lycra dan berbulu, terutamanya apabila dijadikan baju jump suit (pakaian meliputi seluruh badan).

"Jika teknik lipatan pakaian Maharani India terletak di bahagian kaki seluar tetapi saya pula mencipta kelainan moden bagi menyerlahkan siluet yang mempersonakan.

"Jadi teknik lipatan itu berada di antara bahagian pinggang hingga ke paha," terang Rico yang menggabungkan warna ungu gelap, hitam dan kelabu pada baju yang dipertandingkan.

Mengapa Rico memilih dunia fesyen? Pencinta muzik rock dan R&B itu memberitahu, impian tersebut mula timbul kerana terpengaruh dengan hobi bondanya yang gemar menjahit.

RICO RINALDI (kanan) pereka muda yang sarat dengan idea fesyen unik.

Malah, cita-cita sebagai pereka fesyen semakin memuncak apabila kerap menonton siaran Fesyen TV yang disiarkan di Indonesia.

"Sewaktu kecil saya hanya mengenali kerja seorang penjahit tetapi menginjak remaja saya didedahkan dengan profesion pereka fesyen menerusi Fesyen TV. Sejak itu saya berazam untuk mendalami bidang ini dan ia tercapai jua apabila berjaya menempatkan diri di Universiti Limkokwing.

"Jika diberi pilihan sama ada tugasan untuk mereka atau menjahit, saya akan memilih untuk menjahit kerana gemarkan kerja-kerja praktikal," bicara Rico sebelum menamatkan pertemuan kami petang itu.

read more: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_01.htm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Warning

All of the photographs herein, unless otherwise noted or mentioned, are copyrighted by the blog owner. No part of this site, or any of the content contained herein, may be used or reproduced in any matter without express permission of the copyright holder(s).